Dan dzat allah itu berupa diri allah sawt itu sendiri ,..,
setiap yang menumpang pada dzat allah itu adalah sebagai mana berikut,.,.
Sifat Harus Bagi Allah SWT
Sifat Harus Bagi Allah s.w.t
Adalah sifat yang harus pada hak Allah Ta’ala hanya satu sahaja iaitu Harus bagi Allah mengadakan sesuatu atau tidak mengadakan sesuatu atau di sebut sebagai mumkin. Mumkin ialah sesuatu yang harus ada dan tiada. Sifat Harus Bagi Allah
Sifat Harus (Jaiz) ertinya sifat yang tidak wajib ada pada Diri Allah dan tidak pula mustahil ada pada DiriNya. Sifat Harus bagi Allah hanya satu sahaja iaitu hendak menjadikan (melakukan) sesuatu atau tidak hendak menjadikan (melakukan) sesuatu.
Semua yang ada di dalam alam ini tidak wajib adanya. Yang wajib ada hanyalah Allah. Yang selain Allah adalah makhuk. Makhluk tidak wajib ada melainkan dikehendaki Allah untuk ada. Maka makhluk itu bersifat harus iaitu ia harus ada jika dikehendaki Allah dan harus tidak ada jika tidak dikehendaki Allah.
Tidak wajib bagi Allah menjadikan sesuatu ertinya tiada siapa yang boleh memaksa kehendak Allah.
Tidak mustahil bagi Allah menjadikan sesuatu ertinya tiada sesiapa yang boleh menghalang kehendak Allah.
Inilah Sifat Harus Allah.
Contoh:-
1) Harus bagi Allah untuk masukkan hambaNya yang durhaka ke dalam Syurga.
Seseorang itu masuk Syurga adalah dengan Rahmat Allah bukan kerana Allah wajib (terpaksa) memasukkannya ke Syurga. Allah memberi Rahmat kepada sesiapa yang dikehendakiNya bukan kerana terpaksa (wajib). Kalau Allah hendak memberi Rahmat kepada hamba yang durhaka tiada siapa yang boleh halang kehendak Allah itu.
2) Harus bagi Allah untuk masukkan hambaNya yang taat ke Neraka.
Seseorang itu masuk Neraka adalah dengan murka Allah. Allah Maha Mengetahui niat dan keikhlasan hati setiap hamba yang membuat kebaikan dan ibadah. Samada dia itu riak, takabbur, ujub atau sum'ah semuanya diketahui Allah. Sesiapa yang melakukan ibadah bukan kerana Allah semata-mata akan menerima murka Allah. Dan haruslah bagi Allah untuk memasukkannya ke dalam Neraka.
3) Harus baik Allah menerima atau menolak doa seseorang hambaNya.
Samada doa kita terkabul atau tidak, itu adalah atas kehendak Allah. Tidak wajib bagi Allah untuk mengkabulkan doa-doa hambaNya sekelian. Maka kita tidak boleh mengeluh atau kecewa bila doa-doa kita belum lagi dikabulkan. Sebaik-baiknya hendaklah kita redha dan bertawakal.
Wallahu'alam'bissawab
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ALLAH MAHA BERI PETUNJUK,.,. 2013
BERMULA pada pertengahan tahun 2013 , pada malam hari ,berbekalkan sebuah beg galas berisikan baju dan pakaian yang perlu , dan sebu...
-
LA ILAHA ILLA ALLAH LA = Hidup ILAHA = Ruh ILLA = Nafas ALLAH = Nyawa Bila sebut aqidah tahu kita semua hari ini bahawa p...
-
ajal ketentuan allah sawt, jodoh takdir allah sawt, namun apa yang pasti ketika mana datang nya , pasti ketika aku sedang dalam bersujud a...
-
mengenal allah sawt, allah itu terdiri dari dzat yang mana berupa cahaya yang menghidupkan,seawal kejadian allah berupa dzat yang man...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan