Khamis, 22 Februari 2018

fadhilat jumaat

“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.) pada hari jumaat yang di muliakan rasulullah saw ini yang mana berupa hari kemenagan dan hari perayaan bagi umat islam yang mana umat rasulullah saw dan di hari yang mulia ini di wajib dan di sunah kan keatas kalian umat ku dengan ganjaran ganjaran pahala yang melimpah ruah dari tuhan ku yang mana cahaya ku di bawah cahaya nya,.,.., setiap fadhilat adalah amalan amalan ku dan ahli ahli ibadah dan ia nya perbuatan perbuatan yang senantiasa dilakukan sahabat sahabat ku dan wali wali kekasih allah ,.., sebagai mana jelas pada hari jumaat ini di namakan solat jumaat diwajibkan keatas sesuatu kariah atau kampung atau wilayah atau daerah atau pekan atau bandar atau negara atau negeri atau dunia islam.,,. yang mana dibawah pimpinan ulamak ulamak dan politik islam dan parti islam semalaysia,.,. wajib keatas umat ku umat akhir zaman berjuang menjalani ibadah ibadah jumaat ini ,yang mempunyai 44orang ahli ibadah atau orang soleh atau oran g beriman atau orang yang bertakwa atau wali wali kekasih allah.,. sebagai mana hadis hadis ku dan ayat ayat quran tuhan ku,.,.

 Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu juga Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga. Pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya.” (HR. Muslim)“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9)Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya manusia akan duduk di sisi Allah pada hari kiamat mengikut qadar (cepat dan lambatnya mereka) pergi menghadiri Jumaat.” (Riwayat Abdullah bin Masud)dari hadis ini rasulullah inggin menjelaskan barang siapa dari umat ku datang aweal kemasjid masjid padang padang yang mana akan di adakan solat dan khutbah jumaat sebagai berikut;





Imam Syafie, juga beberapa ulama lain berpendapat, sunat pergi ke masjid sejak daripada waktu terbit fajar lagi. Imam Malik pula berpendapat bahawa waktunya ialah sekira-kira sejam sebelum matahari tergelincir. . Rasulullah SAW bersabda: “Ketika datangnya Jumaat, Allah mengutus malaikatnya turun ke bumi membawa kalam daripada emas dan kertas daripada perak, untuk mencatat nama siapa yang masuk ke masjid. Selesai mengerjakan solat Jumaat, malaikat itu kembali ke langit, lalu melaporkannya kepada Allah: “Wahai Tuhan kami, kami sudah mencatat siapa yang masuk masjid dan bersolat Jumaat.” Lalu Allah Taala menjawab: “Wahai malaikat-Ku, demi Kemuliaan-Ku dan demi Kebesaran-Ku, sesungguhnya sudah Aku ampuni segala dosa mereka.” (Raunaqul-Majalis) . Dinyatakan dalam sebuah hadis, bahawa para malaikat mencari orang yang terkemudian daripada waktunya pada hari Jumaat. Mereka bertanya sesama sendiri, “Apakah yang dikerjakan oleh orang yang berkenaan. Apakah yang menyebabkan orang yang berkenaan terlambat datang?” Maka berdoalah para malaikat; “Ya, Allah, ya Tuhanku! Sekiranya orang itu terkemudian kerana miskin, maka kayakanlah dia, kalau kerana sakit, maka sembuhkanlah dia, kalau kerana sibuk, maka berikan kelapangan waktu untuk beribadat. Kalau kerana bermain-main, maka hadapkanlah hatinya untuk mentaati-Mu.” . Baginda SAW telah meletakkan garis panduan yang harus diikuti bagi menghadiri Solat Jumaat. Diantaranya adalah membersih, mengemas dan merapikan diri dengan sebaik-baiknya mandi dan menyucikan diri agar jemaah lain tidak terganggu oleh bau badan atau pakaian yang tidak menyenangkan. Hal ini untuk memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang menghadirinya. Datanglah awal ke masjid dengan penuh ketenangan, tidak tergopoh-gapah bagi mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran serta berpeluang mendengar khutbah dengan jelas.

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang mandi seperti mandi janabah (mandi daripada hadas besar) pada hari jumaat, kemudian ia pergi ke masjid pada waktu yang pertama, maka pahalanya seperti pahala berkorban seekor unta. Siapa yang pergi ke masjid pada waktu kedua, maka pahalanya seperti berkorban seekor lembu. Siapa yang pergi ke masjid pada waktu yang ketiga, maka pahalanya seperti berkorban seekor kambing. Siapa yang pergi ke masjid pada waktu yang keempat, maka pahalanya seperti pahala berkorban seekor ayam. Siapa yang tiba di masjid pada waktu yang kelima, maka pahalanya seperti berkorban sebiji telur. Apabila imam telah keluar, para malaikat hadir untuk mendengarkan khutbah (dan tidak ada lagi yang mencatat setelah itu).” (HR Muslim No: 1403)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALLAH MAHA BERI PETUNJUK,.,. 2013

BERMULA pada pertengahan tahun 2013 , pada malam hari ,berbekalkan sebuah beg galas berisikan baju dan pakaian yang perlu , dan sebu...