Ahad, 20 Mei 2018

MAKAM DAN TINGKATAN ILMU TASAWUF

           

           PENJELASAN TENTANG TINGGATAN MAKAM TASAWUF ,
Dan sebagai mana hari ini kita orang melayu islam sudah pasti nya bermazhaf imam al-syafie dan berpegang pada aqidah ahli sunah dan abu hasan asr-syakriah dan berpahaman sifat 20,nur muhamat dan qalam,.,. sebagai mana kita melayu islam berpegang teguh agama islam yang datang ketanah melayu seawal zaman kerajaan sultan melayu kedah 1000tahun dahulu yang pasti bertauhid dan tarikat sebagai mana ulamak tarikat aurat muhamadiah abuya al-arqam dan tg ibrahim libea tauhid rububiyah dan uluriayh,.,. dan sebagai mana pegangan ulamak melayu islam tg guru nik abdul aziz dan tg guru hj.salleh musa yang mana berpegang sebagai mana pegangan abu hasan asr-syariah ,..
           Dan tasauf sebagai mana pesanan tg guru hj salleh dalam mencari ilmu tasauf ''"Hangpa mengaji tauhid biaq betoi, AQIDAH tuu yang perlu jaga.. Hangpa jangan dok buang masa, jangan dok biarkan usia hangpa HANYUT begitu saja.. Isikan usia hangpa ni dengan mengaji ilmu agama.. Muliakan dengan ilmu TAUHID.. Lepas tuu, pi mengaji ilmu FEQAH.. Lepas tuu baru pi mengaji ilmu TASAWUF.. Jangan dok kalut nak pi ilmu TASAWUF, hadis dan sebagainya jika Allah سبحانه وتعالى sendiripun hangpa tak kenal.. Macam mana nak kenal Allah سبحانه وتعالى jika takmau ngaji ilmu TAUHID.. Sebab tak kenal Allah سبحانه وتعالى lah depa dok suka sesatkan orang, bida'ahkan orang.. Ada ilmu HADIS, tapi ilmu TAUHID takdak.. Punah habis semuanya.. Nak mengaji ni, ibarat nak naik TANGGA.. Kena langkah dari BAWAH, barulah sampai kat tingkat ATAS.. Jangan dok kalut nak meloncat nak ke tingkat atas dari tingkat BAWAH.. Satgi jatuh, mampuih.. Kalau nak naik, ikutlah turutan yang betul.. Jangan dok ikut puak-puak Syi'ah, Wahabi, Mu'tazilah, Sekular, Liberal dan sebagainya.. Kita pegang sungguh-sungguh dengan Manhaj AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH.. Jangan dok lari dari DASAR pegangan kita..
            Sekarang ni, ulama' - ulama' tua tak banyak dah.. Hangpa pi lah tengok dalam Malaysia, Thailand, Indonesia semua tak banyak dah.. Yang ada pun tinggal berapa orang jaa ulama' tua yang masih hidup.. Sementara depa masih ada lagi ni, pi lah dampingi depa.. Pi duduk dalam Majlis Ilmu depa.. Cedok (ambik) ilmu depa, insyaAllah, Allah سبحانه وتعالى akan bantu.."dari tuan guru hj salleh musa,.,. dari sini wajib bagi kita sebagai seorang mukallaf dan muslim agar hidup dalam musafir dan mencari ilmu hingga tiba diperlabuhan ,.,. dan ilmu yang wajib bagi kita perlajari adalah sebagai mana ilmu ilmu aqidah ilmu ilmu tauhid ilmu ilmu tasawuf dan ilmu ilmu feqah ,.,. agar pegangan kita sebagai ahli sunah wal jamaah kuat kukuh dan tak mudah goyah dengan pengaruh pengaruh dari puak puak mujasima dan muktazilah dan qadariah,.,.,. pokok asas ilmu ilmu agama datang dari ulamak ulamak setelah zaman tabien tabien dan sahabat tiada ,.,. dabn ilmu ilmu qalam nur muhamat dan ilmu mengenal illah adalah kewajiban bagi kita setiap muslim yang bermazhaf imam al-syafieah,.,.,. jelas aqidah jelas lah pegangan agama ,.,. biar jelas agar terang yang kafgir dengan yang muslim dan yang ahli sunah wal jamaah,.,.., ilmu tasawuf atau dikatakan juga sebagai ilmu hakikat atau ilmu batin.
                                   Mengapa ilmu ini dikatakan ilmu rohani? Ini kerana perbahasannya adalah mengenai roh. Mengapa pula ia juga dikatakan ilmu tasawuf? Jika kita lihat perbincangan para ulama termasuk ulama moden, perkataan tasawuf itu diambil daripada bermacam-macam perkataan. Tetapi di sini saya hanya memilih salah satu daripadanya iaitu dari perkataan syifak’ ( ) bermakna bersih atau murni. Tegasnya, ilmu tasawuf itu adalah ilmu bagaimana hendak membersihkan atau memurnikan roh (hati) atau nafsu. Agar dari dorongan hati yang bersih itu dapat membersihkan pula anggota lahir daripada melakukan kemungkaran dan kesalahan.
      Sebagai mana imam dan amal terbahgi kepada tida tingkatan ilmu ilmu tasawuf jua di bahagikan kepada tiga tingkatan yang mana tingkatan pertama di namakan dengan makam hakikat ,.,. tingkatan kedua makam syariat ,.,. dan ketiga makan magrifat sebagai mana imam peringkat awan, khususan dan tingkatan ketiga imam sebagai mana imam para wali dan auliak dan ambiak,.,. dari tingkatan tingkatan ini lah dapat kita ketahui tahap ilmu ilmu pengagian dan ilmu dalaman para ulamak tauhid ulamak tarikat ulamak taswuf dan ulamak aqidah ,..,. dari sini kita dapat bezakan ilmu ilmu ulmak mengikut makam makam tingkatan mereka dan berapa jauh dan kedalam qalbu yang telah di sampaikan dari ilmu nilmu yang mereka perlajari sebagai mana ulmak ulamak dan tuan tuan guru dari tanah melayu jawa atau nusantara ,.,. kebanyakkan wali wali allah di tanah jawa bermakam syariat dan hakikat yang mana ilmu mereka sampai kedalam sanubari dan jelas dalam ilmu mereka,.,.
                   Tasawuf adalah ilmu tentang menyucikan Batin dengan cahaya Ma’rifat dan Tauhid kepada Allah Swt yang mana dengannya akan menghasilkan akhlak kehambaan yang sempurna menuruti Sunnah Hadhrat Baginda NabiMuhammad Rasulullah Saw. Sumber perkataan Tasawuf telah lama diperdebatkan dan telah masyhur di dalam kebanyakan kitab-kitab Tasawuf yang menjelaskan bahwa perkataan Tasawuf itu berasal dari perkataan Saf yang berarti suci dan tulus seperti mana Hadhrat Bisyr Ibni Al-Harits Rahmatullah ‘alaih ada mengatakan bahwa, “Sufi adalah orang yang hatinya tulus.
           
      Syari’at – Ilmu Zahir adalah pengetahuan tentang perintah-perintah dan larangan-larangan Allah Swt serta hukum ahkam.Pengetahuannya dapat diperolehi melalui IlmuFiqih yang telah disusun oleh Para ‘Ulama Mujtahidin seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik,Imam Syafi’i dan Imam Ahmad Ibnu Hambal Rahimahumullah yang merupakan Para Imam Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Ilmu Syari’at adalah ilmu tentang usul agama berdasarkan Al-Quran, Al-Hadits,Ijma’ dan Qiyas. Pengamalan ilmu ini adalah bersifat zahir dan perlu dilengkapi dengan Ilmu Batin Syari’at.
                Tariqat– Ilmu Batin Syari’at adalah menghayati perlaksanaan Syari’at dengan sebaik mungkin karena menerusi pengamalan yang betul akan melahirkan Akhlak Muhammadiyah yaitu tata krama dan tingkah laku yang baik serta adab kesopanan terhadap Tuhan dan sesama makhluk. Pengetahuan tentangnya dapat diperolehi melalui Ilmu Tasawuf dan mengamalkannya setelah mengambil Bai’ah dengan Guru Murshid melalui jalan Tariqat yang muktabar seperti Naqshbandiyah,Qadiriyah, Suhrawardiyah, Syadziliyah dan lain sebagainya. Ma’rifat– Ilmu Batin adalah pengetahuan tentang Zat Allah Yang Maha Esa, Sifat-SifatNya, Tindakan dan PerbuatanNya, Nama-NamaNya serta Hikmah-HikmahNya.
            Ilmu ini dapat diperoleh melalui IlmuTauhid beserta pengamalan Syari’at Zahir dan Batin yakni Tariqat karena Ilmu Ma’rifat itu bersifat Batin maka ia hanya memerlukan amalan Batin. Haqiqat– Ilmu Batin bagi Ma’rifat dan sebagai perumpamaan, “Syari’at itu bagaikan pohon, Tariqat bagaikan cabang, Ma’rifat bagaikan daun dan Haqiqat bagaikan buah.” Ilmu Haqiqat adalah mencapai keyakinan tentang hakikat Zat dan KeesaanNya,hakikat Sifat-SifatNya dan hakikat Af’alNya (perbuatanNya) beserta hikmahNya. Ilmu inilah yang akan memberikan kita hasil pengertian sebenarnya akan hakikat beragama .,.,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ALLAH MAHA BERI PETUNJUK,.,. 2013

BERMULA pada pertengahan tahun 2013 , pada malam hari ,berbekalkan sebuah beg galas berisikan baju dan pakaian yang perlu , dan sebu...